TAJUK : KENAPA ROKOK DIHARAMKAN?
Objektif
II.Meningkatkan kefahaman manusia tentang kepentingan menghindari rokok dalam kehidupan.
III.Supaya rakan-rakan dapat mengetahui tentang keburukan merokok .
Pendahuluan
Erti Rokok dan Merokok
Jenis Rokok
Jenis-Jenis Penyakit Akibat Merokok
Terdapat banyak jenis penyakit akibat daripada merokok. Antaranya:
- Kanser kerongkong: Asap rokok yang disedut akan melalui kerongkong dan menjadi punca kanser.
- Kanser mulut: kesukaran untuk makan kerana kesakitan yang berpanjangan.
- Katarak: Sejenis penyakit mata yang menyebabkan kanta mata menjadi legap dan rabun.
- Ulser Perut: Masalah makanan yang tidak hadam, perut yang tidak selesa selepas memakan makanan yang banyak dan sakit atau pedih ulu hati.
- Penyakit Jantung: Aktiviti harian yang terhad. Risiko kematian yang tinggi
- Strok: Penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba.
Jalan Penyelesaian
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan. Antara yang dicadangkan adalah:
- Tetapkan tarikh untuk berhenti
- Yakin diri
- Buatkan nota peringatan
- Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Gunakan terapi penganti nikotin
- Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2.Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3.Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4.Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5.Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok
6.Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7.Mengunyah sesuatu
Seperti buah-buahan. Elakkan yang manis
8.Membasuh tangan selalu
9.Mandi dengan kerap
10.Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11.Meditasi ( menjernihkan fikiran )
12.Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
Isi dan huraian
Ayat al-Quran
Firman Allah SWT:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)”
(Surah al-Baqarah 2: 195)
Karena merokok dapat menjerumuskan dalam kebinasaan, yaitu merusak seluruh sistem tubuh (menimbulkan penyakit kanker, penyakit pernafasan, penyakit jantung, penyakit pencernaan, berefek buruk bagi janin, dan merusak sistem reproduksi), dari alasan ini sangat jelas rokok terlarang atau haram.
2.Membinasakan tubuh badan
وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu“. (QS. An Nisaa: 29).
Sedangkan tembakau yang ada di dalam rokok mengandung nikotin yang secara ilmiah telah terbukti merusak kesehatan dan membunuh penggunanya secara perlahan
3.Membazirkan harta
Firman Allah swt dalam surah al-Isra’ ayat 26-27 :
وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا ﴿٢٦﴾ إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
4.Rokok sebagai al-Khaba’ith.
Firman Allah swt dalam surah al-A’raf ayat 157 :
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: “Dan Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
Huraian mengenai al-Khaba’ith ialah :
1.Apa jua perkara yang menjijikan dan tidak sukai oleh tabiat suci atau pembawaan normal manusia, seperti bangkai dan darah yang mengalir.
2.Sesuatu yang menjadi sebab kerosakkan dan bahaya atau daripada sumber-sumber yang memudharatkan kepada tubuh badan, seperti babi yang boleh memberi kesan buruk kepada pemakanan.
3.Sesuatu yang mememudharatkan dari segi agama seperti binatang sembelihan yang disembelih untuk menghampirkan diri kepada selain Allah swt.
Hadith
1.Memberi mudharat kepada orang lain
Sabda Rasulullah SAW:
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Maksudnya: “Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.”
Dalam hadits ini dengan jelas terlarang memberi mudhorot pada orang lain dan rokok termasuk dalam larangan ini.
Pandangan ulama
Pertama: Fatwa Terdahulu
- Imam Syafie telah menyatakan dalam kitabnya yang masyhur al-Umm
“Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu atau disedut) yang boleh memabukkan, perbuatan itu adalah jelas haram.”
Maksudnya (termasuklah) juga yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggapnya (memfatwakan) adalah haram. Allah Azzawajalla mengharamkan (apa pun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri mereka sendiri.
- Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam Fath Al Mu’in, beliau menyebut tentang dua alasan mengapa sesuatu perkara itu diharamkan dalam Islam:
- Ia mendatangkan kerosakan yang nyata atau menimbulkan yang tersembunyi.
- Ia merosakkan tubuh badan dengan jelas.
- Al-Qalyubi : Dalam Majmu ‘ah Sab’ah Kutub Mufidah ada menyebut kenyataan al-Qalyubi:
“Bahawa sultan (pada zaman al-Qalyubi) telah memerintahkan naib sultan membuat pengisytiharan kepada orang ramai supaya tidak merokok di pasar-pasar dan dikedai kopi. Mereka yang melanggar perintah itu adalah berdosa. Oleh kerana itu, sekarang (pada zaman al-Qalyubi) diharamkan merokok kerana taat kepada perintah raja.”
Kedua: Fatwa Mutakhir atau semasa
- Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf (mantan Mufti al-Diyar al-Misriyyah) dalam kitabnya Fatawa Syariyyah wa Buhuth Islamiyyah, mengupas hukum merokok itu:
“Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini, dahulunya belumlah dikenali. Apabila tembakau diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, ulama fiqah dari pelbagai mazhab Islam pun membincangkannya untuk untuk menetapkan hukum berdasarkan prinsip(kaedah) yang telah ditetapkan. Mereka mengatakan: “ Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu ialah harus.” Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal(keharusan ini), melainkan adanya perkara-perkara mendatang(luaran) yang mengubah hukumnya menjadi haram dan makruh.”
- Al-Imam al-Akhbar Mahmud Syaltut: Syeikh al-Azhar Mesir dalam Al-Fatawa Dirasah li Musykilat al-Muslim al-Mu’asir fi Hayatihi al-Yaumiyyah wa al ‘Ammah, (hlm. 384) menyebut mengenai bahaya merokok terhadap kesihatan dan harta:
“Walaupun menghisap tembakau itu tidak memabukkan dan tidak merosakkan akal, namun wujud pelbagai kesan yang membahayakan kepada kesihatan perokok itu sendiri dan juga terhadap orang lain yang tidak merokok.”
- Sheikh Abdullah Babatein memfatwakan: Kami mengharamkan rokok dengan dua sebab utama:
- Boleh memabukkan apabila dihisap atau boleh mengkhayalkan.
- Tembakau atau rokok adalah benda keji, kotor(busuk dan buruk) dan dikategorikan oleh syarak sebagai: “Benda keji, benda kotor dan boleh membinasakan.”
- Rokok mempunyai racun:
Menurut buku Rokok dan Keharamannya yang memuatkan tulisan Abdullah bin Abdul Rahman al-Sind:
Seandainya setitik daripada nikotin diletakkan di atas lidah seekor anjing, nescaya anjing itu akan matio serta merta, sedangkan anjing itu sejenis haiwan yang lebih tahan menghadapi racun daripada manusia.
No comments:
Post a Comment